Click for more info..

Thursday, November 14, 2013

Macam cantik je, Macam comel je

~ Lagu baru Amar ~



Sampai sekarang x habis lagi cerita pasal awek legoland tu, aka Syasya. Hmm.. Bukan nak cakap apa, tapi bagi aku salah sendiri jugak. Dah tau yang video2 ni orang boleh share kat internet, kalau takut malu ke hape ke xperlu la nak upload. Sendiri boleh fikir kan..? Bila dah sendiri yang upload x ke nama nya sendiri cari pasal..?? Kan..??


Xkesah la pasal Syasya tu. Actually bukan nak cerita pasal dia pun. Sebenarnya aku baru je dengar lagu baru nyanyian Amar. Hmm.. dah lama rasanya dia senyap sunyi, tau2 lepas je video Syasya tu tersebar then keluar lagu baru Amar ni. Plus, Amar bukan ada banyak sangat masa pun. Tau-tau la busy dengan keje peguam dia la and bisness lagi. Tak sangka pulak boleh keluar lagu ni. If xsalah, lagu ni baru je keluar dalam seminggu yang lalu kat youtube. Now dah pun keluar studio version. Tapi, kat youtube je la..


Amar ni penyanyi nasyid sebenarnya and dia bukannya penyanyi youtube or penyanyi baru. Actually, time zaman aku kecik2 dulu, time kanak-kanak ribena yang dok berlari ke hulu-hilir dulu nama Amar ni x asing pun. Mungkin sebab zaman tu lagu nasyid sering diputarkan di radio2 biasa. Sekarang ni nak dengar lagu nasyid payah sekali keluar kat radio. Just keluar pun time nak2 azan je. Xpun dengar kat IKIM je..


Sebenarnya kan, banyak lagu-lagu Amar ni. Tapi, ada 1 lagu Amar yang cukup memberi kesan kat aku. And i really love that song since aku kecik sampai la sekarang. Lagu Amar - Sahabat tu memang full with memories. Setiap kali dengar lagu tu teringat la zaman dulu-dulu with my frens and kegilaan bersama dorg. Gosh, rindunya.. Sedar-sedar je dah besar rupanya aku ni. Cepat pulak rasa masa berlalu..


Ok la, xnak melalut. Now, berbalik pada tajuk lagu baru Amar - Macam cantik jer Macam comel jer. Aku baru je dengar lagu ni sebenarnya. Tapi, i can't stop myself from repeating this song. Rasa macam dah addicted. This song is full with nasihat and mengingatkan diri yang segalanya from Allah and we should bersyukur about it. So, here aku letak lagu and lirik sekali..


Amar - Macam cantik jer Macam comel jer


Perhatikan keindahan alam dan diri
betapa agungnya kuasa Ilahi
hebatnya Dia Yang Maha Pencipta
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Kecantikan , keindahan yang diberi
hanya pinjaman sementara
sebagai ujian untuk kita
apakah bersyukur atau sebaliknya

Macam cantik je
macam comel je
semua ciptaan Allah

Macam cantik je
macam comel je
segala pujian kembali padaNYA

Macam cantik je
macam comel je
indahnya Tuhan ciptakan kita

Macam cantik je
macam comel je
ajaibnya alam semesta


Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
cantikkan akhlak comelkan peribadi
ia pemikat hati, ia hiasan diri
kembalilah kita kepada fitrah kejadian
keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa
Beryukurlah kita dengan nikmatNYA


~ Boleh klik sini untuk dengar Studio Version
Zt-Zati

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulang Tahun My Lovely Blog

Daisypath Friendship tickers